Friday, January 25, 2008

sehati berdansa - tirai


Kuala Lumpur, 30 Oktober 2007 - Berlangsung dalam suasana yang meriah dan penuh glamor di Zeta Bar Hotel Hilton Kuala Lumpur, Majlis Pelancaran Sehati Berdansa, sebuah program realiti yang memperkenalkan seni tarian ke kaca televisyen anda telah diadakan. Program tersebut akan disiarkan di Saluran Rasmi, Astro RIA (Saluran 104 Astro) bermula dengan episod pertamanya pada 5 November ini.

Menurut Ketua Program Melayu Astro, Encik Mohd. Haris Ismail, "Kami di Astro sentiasa berusaha untuk menawan hati pelanggan kami dengan mengutamakan satu daripada matlamat utama Astro - untuk menjadi pilihan utama penonton agar terus setia mengikuti program-program kami di Astro. Sehingga kini, kami telahpun melancarkan hampir 30 saluran baru yang menawarkan pelbagai kandungan program untuk memenuhi citarasa pelanggan yang berbeza. 10 daripada saluran utama Astro ini direka khas untuk penonton yang berbahasa Melayu. Sebagai saluran yang menawarkan hiburan, informasi dan pendidikan yang terunggul di rantau ini, Astro sentiasa memberikan komitmen yang tinggi untuk menyuntik elemen-elemen tempatan dari segi kandungan di dalam program-program kami."

Ramai selebriti dan personaliti yang telah menyatakan hasrat mereka untuk menyertai program tersebut hadir memberikan sokongan. Turut hadir ialah wakil badan kebajikan yang telah dipilih untuk turut sama menjayakan program realiti yang pertama kali diadakan ini.

Majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan kejutan dari bos-bos atasan yang turut sama berganding bahu menari bersama penari Linda Jasmine Studio.

Sementara itu, stesen radio nombor satu Malaysia, ERA telah dipilih sebagai stesen radio rasmi program berkenaan. Program ini turut berbangga dengan kesudian penaja rasmi iaitu Silky Girl dan Silky Men yang akan sama-sama menjadikan usaha murni menari untuk kebajikan ini sebagai satu realiti.

Terima kasih semua...

No comments: